Saturday, June 13, 2015

Sembelit Ketika Hamil

Sembelit Ketika Hamil

Assalamualaikum… Alhamdulillah setelah seharian membaking petang baru ada mood nak berbloging. Hari ni saya nak kongsikan dengan sahabat semua tentang masalah sembelit. Kebelakangan ni saya kerap mendapat pertanyaan dari ibu-ibu hamil tentang masalah sembelit dalam Kelab Ibu Hamil Berpantang Dan Menyusu.




Sembelit adalah masalah biasa semasa kehamilan. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Salah satu punca ialah peningkatan hormon progesteron yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman, ini menjadikan ibu hamil sukar membuang air besar. Tekanan pada rahim yang semakin membesar ke atas rektum juga salah satu punca sembelit.
Selain daripada itu, sembelit boleh terjadi dari pengambilan supplement zat besi dan menyebabkan najis berwarna hitam. Tetapi itu bukan bermakna ibu hamil harus berhenti daripada mengambil zat besi. Zat besi sangat penting untuk membawa oksigen di dalam darah kepada bayi sepanjang kehamilan.
Diet bagi ibu hamil juga perlu diambil berat. Ibu hamil perlu mengelakkan pengambilan makanan yang pedas dan makanan fastfood. Makanan-makanan ini boleh menyebabkan najis menjadi keras kerana ia tidak mempunyai serat yang mengandungi air. Najis yang keras menyebabkan sembelit terjadi.

Tips Mengatasi Masalah Sembelit

1. Pastikan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Minum air jus buah-buahan atau jus prun.
2. Amalkan pemakanan yang tinggi serat seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran.
3. Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dalam jumlah yang mencukupi.
4. Amalkan senaman seperti berjalan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu bagi merangsang usus dalam melancarkan proses pembuangan.
5. Elakkan pengambilan ubat-ubatan atau jamu yang boleh menyebabkan sembelit.
6. Amalkan suplement yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.

Ostematrix Supplement Untuk Sembelit




Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, zinc, boron, manganes dan kuprum. Magnesium yang terkandung didalam ostematrix membantu untuk melembutkan najis. Ini dapat mengatasi masalah sembelit bagi ibu hamil. Nutrien-nutrien yang terkandung dalam ostematrix dapat mengoptimumkan penyerapan oleh tubuh badan. 
Pengambilan kalsium dan magnesium dalam kuantiti yang betul dapat mencegah atau melegakan sembelit dan menyokong kesihatan usus.
Di dalam kolon, kalsium menyerap lebihan hempedu dan lemak yang terurai membentuk sabun tidak larut dan dikeluarkan bersama-sama najis. 
Magnesium, bersifat menyerap air, membantu mencegah sembelit dengan cara merehatkan dinding usus apabila ibu hamil berada di bawah tekanan atau merasa bimbang. Magnesium membantu menormalkan ketegangan pada dinding kolon dan membolehkan tindakan peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak ke dalam usus). 

❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥ 
Sekiranya berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh dapatkan konsultasi dari saya.
BEST PRICE untuk anda semua. 
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:



❀ Fb: www.facebook.com/ZillionStar.Supplements atau sila klik LIKE utk info terkini


No comments: