Saturday, June 13, 2015

Bunga Kunyit

Bunga Kunyit

Assalamualaikum… Dah lama xjengguk tanaman kat belakang umah.. Tengah siram2 air skali nampak pokok daun kunyit ada bunga.. Eh..eh.. betul ke ni pokok daun kunyit ada bunga? Xpuas hati saya panggil mak tunjuk kat mak.. “Eh ada bunga kunyit la..susah nak dapat ni tau.. gi petik boleh buat ulam ni”. Ohhh…bunga kunyit rupanya.. Baru 1st time tengok patutla rasa jakun sangat kan.. hahaha. ok ni info tentang bunga kunyit.
Bunga Kunyit
Bunga Kunyit

Bunga kunyit berwarna putih atau kuning. Ia tumbuh majmuk seperti bersisik di sekeliling dalam satu induk. Bunganya tumbuh di tengah-tengah daun. Bunga kunyit enak dijadikan ulam yang dimakan mentah. Ia dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu dalam pantang (selepas bsersalin), awet muda & bagus untuk dalaman wanita. (info Laman Seri)
Wah.. bagus juga ye bunga kunyit ni.. so apa lagi malam ni kita makan buat ulam cicah dengan sambal tempoyak.. nyum..nyum.. Siap beli durian lagi tadi masa beli barang kat mydin kebetulan ada jual yang siap pack tu 3pack RM10.. Jadi la untuk buat tempoyak beli murah2 je pun ok janji dapat buat sambal tempoyak nak makan dengan bunga kunyit..
Ada juga orang kata bunga kunyit ni sedap dibuat kerabu. tapi memandangkan bunga kunyit ada sepokok je mana cukup nak buat kerabu so kita rasa buat ulam je dulu. Next time kalau ada rezeki pokok daun kunyit ni berbunga lagi kita buat kerabu plak.
Dok menggoogle2 tentang khasiat bunga kunyit terjumpa resepi kerabu bunga kunyit.. jadi saya sharekan resepi untuk anda mana tau nanti esok lusa ada plak orang yang terjumpa bunga kunyit ni boleh la try buat kan.
Resepi : Kerabu Bunga Kunyit
kerabu bunga kunyit
Bahan-bahan:
  • bunga kunyit
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • daun cekur
  • tauge
  • bawang merah
  • udang kering
  • cili padi
  • jus limau nipis
  • garam
  • gula
Cara membuatnya:
  1. Bunga kunyit, kacang panjang, kacang botol, dan daun cekur dimayang.
  2. Cili padi, bawang, dan udang kering ditumbuk.
  3. Campurkan semua bahan dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis.
  4. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas dan lauk utama yang lain.
Selamat Mencuba!!

No comments: