Makanan Pejal – Resepi Makanan Bayi 6 – 8 Bulan.
Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda yang berusia 6 – 8 bulan adalah salah satu detik yang amat menyeronokkan. Jika bayi anda berusia 6 bulan – 8 bulan, mulakan dengan makanan pepejal dalam jumlah yang sangat kecil. Mulakan dengan memberi susu dahulu kemudian menawarkan bayi anda sedikit demi sedikit makanan pepejal.
Apabila makanan pejal mula mengambil alih tugas daripada susu sebagai sumber nutrisi utama bayi anda dalam pemakanan, maka amatlah penting untuk si kecil anda yang sudah boleh makan duduk bersama ahli keluarga yang lain di meja makan.
“Bagi yang mempunyai sejarah keluarga bermasalah kegemukan, anda perlu lebih memandang berat pengambilan makanan pejal dalam kalangan anak sejak kecil. Si kecil yang gemuk sejak kecil berisiko tinggi untuk terus berkeadaan sebegitu apabila dewasa kelak”
– Datin Dr. Farah Diba Khan, Pakar Pemakanan
Resepi Bayi 6 Bulan
Puri Lobak Merah
Bahan – Bahan
- 50gm lobak merah | dikupas dan potong kecil
- 100ml air susu ibu
Cara – Cara
- Rebus lobak merah sehingga empuk.
- Selepas sejuk, kisar dalam mesin pengisar
- Tambahkan air susu ibu dan kacau rata. Jika masih pekat, boleh tambahkan sedikit air rebusan lobak merah.
INFO : Puri lobak merah menghasilkan rasa yang manis secara semulajadi. Untuk kesan yang lebih sedap, pilih lobak merah yang masih muda dan bersaiz kecil.
❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥
Sekiranya berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh dapatkan konsultasi dari saya.
BEST PRICE untuk anda semua.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
❀ Fb: www.facebook.com/ZillionStar.Supplements atau sila klik LIKE utk info terkini




No comments:
Post a Comment