Saturday, June 13, 2015

Rawatan Senggugut Cara Tradisional

Rawatan Senggugut Cara Tradisional

Assalamualaikum… Harini saya nak share tentang rawatan senggugut cara tradisional yang baru saya amalkan baru-baru ni untuk mengubati masalah senggugut & juga masalah cyst. Selain mengamalkan supplement shaklee (Vivix, vit e, gla, ostematrix) cara tradisional juga penting bagi saya bagi memulihkan keadaan saya yang mengalami Endometriosis stage 4 dan juga keinginan untuk mendapatkan zuriat.




Rawatan senggugut yang saya amalkan adalah campuran dari kunyit, cekur, asam jawa dan gula merah seperti gambar diatas. Sebotol 500ml untuk diminum selama 6 hari period. Berapa banyak yang diperlukan untuk jamu ni saya tak tau sebab jamu ni saya beli dengan opah yang mengurut saya.. saya cuba tanya apa kandungan dia je..heheheh

APAKAH KHASIATNYA?

1. Kunyit




Sesetengah wanita mengalami haid yang tidak teratur. Dengan mengamalkan meminum air kunyit dapat mengatasi masalah haid tidak teratur malah mengatasi masalah senggugut. Air kunyit dapat melancarkan aliran haid dan masalah kekejangan perut semasa senggugut.


2. Cekur




Cekur seringkali digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, jamu bagi masalah senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan kitaran haid. Cekur dapat mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya. Cekur juga dapat mengekalkan keremajaan setiap wanita sekiranya mengambilnya secara berterusan.

3. Asam Jawa




Asam jawa terdapat banyak khasiatnya bukan sahaja untuk kecantikan muka malah juga untuk kesihatan tubuh badan. Asam jawa boleh menjadi pelawas dan membantu sistem penghadaman badan seseorang. Salah satu manfaat asam jawa adalah untuk mengatasi masalah senggugut.

4. Gula Merah




Gula merah ternyata memiliki manfaat kesihatan yang jauh lebih banyak dari pada gula pasir. Gula merah berperanan sebagai agen yang mampu membersihakan racun-racun dalam darah. Selain berfungsi membersihkan racun dalam darah ia juga baik untuk proses detox pencernaan. Bagi masalah senggugut pula, gula merah dapat meredakan kesakitan yang dialami malah dapat memberi kesedapan dalam minuman jamu kunyit supaya mudah diminum.


Boleh juga mencuba cara Dr. Hamid Arshad ye.
Selain daripada mengamalkan minuman jamu, saya juga dinasihatkan untuk mengamalkan bertungku. Bagi anda yang mempunyai masalah seperti saya boleh lah mencuba cara saya. Mudah-mudahan dapat mengurangkan kesakitan yang dialami..

❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥❥ 
Sekiranya berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh dapatkan konsultasi dari saya.
BEST PRICE untuk anda semua. 
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:



❀ Fb: www.facebook.com/ZillionStar.Supplements atau sila klik LIKE utk info terkini


No comments: